Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
disayangi.
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
About Me
- KiNG Profile
- Asal Muar Johor.... Tempat tinggal sekarang Melaka MAJU... kerja dengan Syarikat Telekomunikasi bahagian submarine ...tu jer kot hehehehehe tapi yang penting hidup mesti happy baru syok .......
Blog Archive
-
▼
2010
(19)
-
▼
December
(19)
- Tahniah Pasukan Kebangsaan Malaysia
- Kenangan Di Poli PD
- Cuti-Cuti Cinta (2010) DVDrip RMVB & MKV (Eng Hard...
- Linux Live USB Creator
- Apa itu Ubuntu?
- SMW4
- Smith Micro : Anime Studio PRO 7 [Mediafire]
- Face Filter 2 [Mediafire]
- Amateur Photographer - April 2010 upload by downlo...
- Tahniah Malaysia
- Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM)
- adakah cinta memerlukan sebab???
- 10 SIFAT ISTERI YANG DISUKAI SUAMI
- Hukum hudud rejam wajib dilaksanakan nanti turun b...
- 10 PERISTIWA BESAR 2010 VERSI MAJALAH TIMES
- Submarine cable ...
- Seribu kali kenangan Di unimap.......
- Cuti-cuti Bandar Melaka
- New Pic Nice...
-
▼
December
(19)
Total Pageviews
Recent Posts
Categories
- Movie (1)
- News and My Don (9)
- Picture (1)
- Software (3)
- Submarine system view (3)
- Ubuntu (2)
My Blog List
-
-
7 years ago
-
-
Pavilion State MAHA Pt 213 years ago
-
Me
Followers
Macam-Macam
My Facebook
Live ...
Welcome.....KiNG
4:02 AM
surat
kepada isterinya yangSurat
itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat
tersebut berbunyi begini :
Labels: News and My Don
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment